Friday 22 November 2013

Ulama Pas Hentam Hassan Ali

Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini.


"Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS.

"Beliau mungkin ada hak untuk bercakap, tapi beliau tidak ada hak untuk dijadikan rujukan pemimpin PAS ataupun bercakap mengenai parti," kata Mohd Khairudin apabila dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Hujung minggu lalu, Hasan yang dipecat daripada PAS menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan PAS seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya, PAS meninggalkan PR,” kata Hasan semasa sidang media rumahnya Sabtu lalu.

Mohd Khairudin membidas Hasan sebagai tidak layak bercakap mengenai hal ehwal parti PAS memandangkan sudah dipecat pada tahun 2012. Keputusan tersebut berdasarkan Fasal 82 (9) peraturan parti.

"Bagi isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Hasan Ali, ingin saya tegaskan di sini, Hasan Ali telah dipecat dan tidak layak untuk bercakap mengenai PAS ataupun perkara berkaitan dengan PAS," kata Mohd Khairudin


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP