Monday, 11 November 2013

Ketua Polis Negara Elak Jawab Kes Gani Patail

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan terkini yang mengaitkan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan dakwaan salah guna kuasa bukan bawah tanggungjawab polis untuk menyiasatnya.

Dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini, beliau sebaliknya meminta perkara itu ditanyakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Beliau (kanan) juga menegur tindakan membangkitkan kes tertentu secara berulang kali walaupun ada yang sudah diputuskan oleh mahkamah, seperti pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Justeru, katanya, mesti ada batasan terhadap sesuatu dan semua pihak hendaklah berhenti mempolitikkan semua perkara kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

Khalid diminta mengulas laporan Malaysiakini minggu lalu bahawa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah ada bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad pada Ogos bagi membincangkan dakwaan salah laku Gani.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP