Bila sudah terlampau sangat menghina kebijaksanaan rakyat berfikir secara rasional dan waras maka inilah yang berlaku .... Bila mantan Menteri Belia dan Sukan berkata langkah pihaknya memanggil kumpulan K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran sebanyak RM1.6 juta pada pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai daripada segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lalu.
Prof Mohammad Agus Yusoff secara selamba bersahaja tetapi tegas dan ikhlas menjawab sambil menempelak menteri berkenaan dengan berkata sedikit pun beliau tidak percaya.
Mohon hentikan segera mengeluarkan kata-kata yang memperlekehkan kebijaksanaan rakyat untuk berfikir dan menilai ... Jangan jadikan diri kalian sebagai badut hanya untuk mempertahankan tindakan kalut malut dengan bercakap ikut sedap mulut.
Kalau dah begitu amat wajar di adakan persembahan K-Pop dari Korea Selatan setiap tahun jika tidak mampu setiap bulan kan kan kan kan.
- omakkau
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment