Setelah berjaya membuktikan kemampuan mereka di Sungai Limau, para pemimpin dan ahli PAS Kedah digesa agar melihat ke depan dan melupakan segala perselisihan sehingga kehilangan negeri Kedah sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar membuat gesaan itu dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider.
"Selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya, saya turun ke-11 kawasan di Kedah untuk bertemu dengan AJK PAS kawasan. Dalam pertemuan itu, saya ajak mereka jangan lihat ke belakang lagi tetapi pandang ke depan," kata Mahfuz sambil mengimbau kembali masa PAS Kedah berkrisis sebelum ini.
Mahfuz dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah selepas pilihan raya umum lalu bagi menggantikan Tan Sri Azizan Razak yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
PAS Kedah sebelum itu berkocak teruk sehingga ada sesetengah penganalisis menganggap krisis dalaman adalah punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin PAS di Kedah.
Bagi Mahfuz, jika masing-masing mengungkit masalah lalu, semua pihak akan membincangkan titik bengit mengenainya.
"Apa yang perlu dibuat oleh PAS sekarang adalah memposisikan kembali PAS untuk mengambil semula Kedah dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahfuz.
Untuk melupakan perkara lalu juga Mahfuz meminta semua pihak agar mengambil sikap ‘Jangan kedekut untuk memaafkan’ kerana masing-masing ada salah dan silapnya.
Sehubungan itu kata Mahfuz, dalam pertandingan merebut apa-apa jawatan misalnya, jangan sampai mereka membunuh keupayaan orang lain.
"Yang kalah apa salahnya kita lantik juga untuk tugas-tugas tertentu dan bukannya 'membunuh' karier politiknya," kata Mahfuz.
Ketika turun menemui pemimpin PAS peringkat kawasan juga, Mahfuz meminta mereka agar memahami bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing.
"Kadang-kadang ini menjadi punca masalah dalaman parti apabila kita tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing tetapi cuba memaksakan pandangan kita ke atas parti," kata Mahfuz.
Beliau memberikan contoh isu menentukan siapakah yang paling layak bertanding untuk sesuatu kerusi pilihan raya.
"Memang semua mahu bertanding di tempat kita tetapi kita patut melihat dari perspektif yang lebih luas. Jadi menentukan kerusi mana kita patut bertanding bukan tugas dan tanggungjawab pemimpin peringkat kawasan tetapi tanggungjawab PAS peringkat pusat dan negeri," kata Mahfuz.
Selepas bertukar-tukar pandangan apabila beliau turun ke bawah, Mahfuz berkata krisis yang ada sebelum ini agak reda.
"Apa yang memudahkan tugas saya adalah saya mengambil sikap tidak terlibat secara langsung dalam krisis sebelum ini," kata Mahfuz
Friday, 8 November 2013
Lupakan krisis.. Jom rampas kembali Kedah
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment