Monday, 11 November 2013

Ahmad Maslan Dibidas Kerana Tak Pandai

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan keliru antara peranan sebagai timbalan menteri dan ketua penerangan Umno apabila menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membeli lebih banyak iklan dalam Utusan Malaysia, kata Anggota Parlimen Bayan Baru.

Sim Tze Tzin berkata, Ahmad perlu mengutamakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalankan tugasnya dan bukan menjaga kepentingan Umno yang menggunakan akhbar itu untuk menyebarkan propagandanya.


"Beliau perlu sentiasa ingat bahawa sebagai timbalan menteri yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh orang ramai untuk berkhidmat kepada mereka, beliau perlu sentiasa mendahulukan keutamaan rakyat Malaysia," kata Sim (kanan) pada sidang media di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya lagi, GLC perlu membuat pertimbangan bebas dan sebarang keputusan untuk beriklan di mana-mana akhbar perlu dibuat secara profesional.

"Mereka tidak wajar tunduk kepada tekanan politik untuk berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip perniagaan mereka.

"Mandat GLC adalah menjaga kepentingan negara, bukan kepentingan Umno," katanya lagi.

Turut dibidas sekutu dalam BN

Ahmad sebelum ini dilaporkan sudah menulis surat kepada pemimpin tertinggi GLC supaya membelanjakan bajet iklan mereka kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya yang dimiliki Umno iaitu di Utusan dan Berita Harian.

Menurut Ahmad (kiri), perbelanjaan 3.7 peratus daripada 35 GLC utama untuk bajet pengiklanan di Malaysia terlalu amat sedikit jika dibandingkan dengan "perjuangan Utusan, Berita Harian ini untuk negara".

Langkah itu mendapat reaksi segera daripada sekutu Umno dalam BN iaitu MCA yang membidas arahan itu.

Menggelarkan langkah itu sebagai salah guna kuasa, Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu berkata, bukan tugas kerajaan untuk memberikan subsidi atau menyebelahi mana-mana organisasi media swasta seperti Utusan.

Katanya, jika harian berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris lain boleh bersaing menarik lebih pembaca dan sekali gus iklan, beliau tidak nampak sebab Utusan harus menikmati keistimewaan daripada dana kerajaan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP