Saturday, 23 November 2013

Ustaz Muda Pertahankan Kenyataan Mufti Kedah - Dr. MAZA Memang Wahabi

Baru-baru ini video Sohibus Samahah Mufti Kedah Pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dato’ Syeikh Baderuddin Bin Hj Ahmad tersebar di laman-laman internet yang mana beliau telah mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah & Al-Maturidiyyah) dan menolak ajaran sesat Syiah dan Wahhabi terutama yang cuba disebarkan di Kedah amnya di Malaysia.

Dalam video tersebut juga beliau menyebut nama-nama beberapa pendakyah Wahhabi yang cuba masuk ke dalam negeri Kedah dengan pelbagai taktik licik. Antaranya Fathul Bari bin Mat Jahya yang terkenal menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan membawa fikrah Wahhabi terutama kedalam UMNO dan am masyarakat (bukti terlalu banyak). Dalam video tersebut ada juga disebut Nama saudara Mohd Asri Zainul Abidin yang semua dah kenal kewahabiyatannya Asri (MAZA) ini.


Asri MAZA seperti biasa pasti menjawabnya dengan ayat konar-konar pusing-pusing konon mahu menggambarkan Dato Mufti Kedah memfitnah dan membuat kenyataan jahat kepada dirinya.

Bagi mengulas tulisan MAZA yang jelas bercelaru dan gabra pabila cuba mengkritik Dato Mufti Kedah saya nyatakan beberapa perkara:-

1- Ya. Saudara Mohd Asri bin Abdul Talib@Zainul Abidin MAZA sememangnya seorang Wahhabi. Bukan tuduhan tapi ia kenyataan. Mengaku atau tidak saudara memang menghidupkan ajaran Wahhabi. Saudara mungkin marah orang katakan saudara sebagai Wahhabi tapi itulah realiti dan saudara juga seorang yang sangat banyak menuduh orang dan ulama Islam termasuk dalam artikel saudara tersebut jelas dengan tuduhan jahat.

BUKTI WAHABI?
Ketika saudara dilantik sebagai Mufti Perlis saudara telah menggunakan peluang jawatan itu untuk taruh cukup-cukup kritikan keatas umat Islam dan ulama Islam malangnya pada waktu yang sama musuh Islam langsung tidak kelihatan saudara mengkritik mereka. Ketika itu juga saudara menyebarkan sayap fahaman Wahhabi ini dengan pelbagai cara antaranya saudara telah menyebarkan CD rakaman video secara percuma antaranya berbayar disertai dengan buku teks kenyataan saudara dalam CD tersebut berjudul: 10 PERKARA BATAL ISLAM & APA ITU SYIRIK.

Sesiapa yang mendalami fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab atau fahaman Wahabi ini pasti fahaman sangat kata-kata dan kenyataan saudara di dalamnya jelas 99% dipetik dari pegangan asas yang disebarkan Wahhabi termasuk pengasas fahaman baru ini yang tidak disebut oleh mana-mana ulama Islam sebelumnya. Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai kitab yang kemudian dijuzukkan oleh pengikutnya menjadi 1 buku ia berjudul sama dengan buku dan CD saudara tersebut. Bahkan isi buku dan kenyatan teks saudara langsung tidak berbeza dengan kenyataan pengasas ajaran Wahhabi termasuk susunan 10 perkara tersebut.

Buku Wahabi itu berjudul NAWAQIDUL ISLAM WAHIYA ‘ASYARAH pertamanya adalah SYIRIK. Saudara juga langsung tidak meletakkan nama Muhammad bin Abdul Wahhab dalam buku dan teks tersebut sedangkan saudara petik darinya dan ini samaada saudara plagiat ataupun sememangnya saudara berta’amul seperti pendakyah-pendakyah Wahabi yang lain dengan menyembunyikan dahulu pemikiran ajaran sebenar saudara kemudian kelak baru menzohirkannya dan ini lebih tepat dengan sifat saudara.

Disini saya tidak mahu bahas lagi isi kandungan buku dan teks ucapan saudara yang jelas saudara memperjuangkannya habis habisan dalam 2 sumber tadi. Cuma yang pasti saudara dan Wahabi jelas mengkafirkan umat Islam dengan sangat mudah dalam buku dan ucapan saudara MAZA tersebut.

Dengan ini sahaja belum perkara-perkara lain lagi sudah jelas siapa saudara dan apa yang diperjuangkan oleh saudara tidak lain adalah fahaman Wahhabi walaupun saudara cuba menampakkan kini kepada orang awam kononnya saudara bukan Wahhabi dengan ala-ala mengritik Wahhabi sedangkan sehingga kini hubungan akidah dan dakyah masih terjalin antara saudara dengan mereka. (kita boleh jumpa tunjuk bukti)

2- ARASY.

Berkaitan dakwaan ajaran sesat Wahhabi bahawa kononnya “ALLAH DUDUK ATAS ‘ARASY” itu memang puak Wahhabi menyatakannya dalam banyak kitab-kitab dan rakaman-rakaman mereka. Boleh rujuk dalam banyak laman sosial termasuk yang pernah saya dedahkan. Sila semak dalam blog saya. Saudara MAZA juga apabila membicarakan ayat Quran surah Thoha ayat ke-5 jelas saudara menyebut bahawa “Allah DUDUK diatas singgahsanaNya” sepertimana dalam satu rakaman yang saudara tidak dedahkan tetapi ia ada dalam simpanan kami. Maka jelas fahaman akidah saudara MAZA sama dan serupa dengan akidah Wahabi. Sedangkan disisi Islam Allah tidak duduk tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya.

Kenyataan saudara dalam isu Arasy kononnya ia seperti pandangan Imam Hasan Al-Banna adalah satu pembohongan besar dan jelas cuba ‘meraih undi murahan’ dari masyarakat islam Malaysia yang bersama dengan perjuangan Imam Hasan Al-Banna. Pandangan Imam Hasan Al-Banna seperti dalam Majmuk Rasail Hasan Al Banna pada bab Aqidah bahawa nas-nas Mutashabihat dan isu Arasy amat jelas iaitu TIDAK berpegang kepada zahir ayat yang membawa erti salah seperti jisim, duduk serupa makhluk dan selainnya. Manakala puak Wahhabi dan saudara MAZA sendiri jelas memegang nas Mutashabihat ini dengan zahirnya seperti ia jelas dalam video rakaman MAZA berkaitan ayat Mutashabihat dan dari sumber-sumber lain.

3- ALLAH SENTUH NAJIS-ajaran sesat.
Berkaitan isu puak Wahhabi berakidah najis dengan mendakwa dan menyebarkan kononnya “Allah Menyentuh Najis” ini sememangnya disebarkan oleh ajaran najis Wahhabi dan Asri MAZA la yustab’ad min haza kemungkinan tidak jauh dari Wahhabi yang berakidah najis demikian. MAZA sangat mengagungkan Ahmad Ibnu Taimiah. Bahkan setiap artikel MAZA pasti tercacak nama Ibnu Taimiah kekadang lebih kerap dari menyebut nama ALLAH.

Pada 30 Mei 2008 di Kangar Perlis Asri MAZA mendakwa bahawa Ibnu Taimiah adalah manusia khas PILIHAN ALLAH. Belum lagi kita bertanya dimana Allah nyatakan Dia memilih Ibnu Taimiah sebagai Mujaddd manusia yang istimewa seperti dakwaan MAZA?? kita telah pun dapati MAZA mendakwa ‘suara Ibnu Taimiah tetap akan diwarisinya’ dan ‘suara Ibnu Taimiah itu dianggap penyala obor nur Allah’. Wah! Hebat sungguh ‘tuhan’ mereka ini!

Mari kita lihat salah satu ‘suara’ Ibnu Taimiah yang tetap/pasti diwarisi oleh MAZA ini.

Beberapa senarai kenyatan sesat Ahmad Ibnu Taimiah rujukan utama puak ajaran sesat Wahhabi yang berkaitan dengan apa yang diperkatakan:-

a- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya yang berjudul al-Asma Wa As-Sifat jilid 1 ms 81 cetakan Dar Kutub Ilmiah: “Ketika Allah DUDUK atas kerusiNya maka terpancar cahaya Allah”.
MAZA juga mendakwa ‘Allah duduk’ dan ini sangat bercanggah dengan akidah Islam kerana Allah tidak bersifat duduk. Allah mengusai keatas hambanya dan Arasy, Dia tidak serupa dengan makhluk-makhlukNya rujuk Asy-Syura ayat 11.

b- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya Talbis Jahmiyyah juzuk 5 mukasurat 127 cetakan Saudi: “Menyentuhnya Allah akan Arasy itu dan menyentuhnya Allah akan benda-benda lain tidaklah pelik bahkan harus bagi Allah MENYENTUH najis-najis dan syaitan-syaitan.” Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah mengharuskan bagi Allah sesuatu yang jijik dan MAZA menyatakan dia akan mewarisi segala suara Ibnu Taimiah. Persoalan juga dimana ulama-ulama Salaf sebenar yang menyatakan seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiah ini yang jelas akidahnya sangat jijik kerana menyandarkan kepada Allah perkara yang jijik yang Allah tidak pernah sifatkannya dalam al-Quran dan al-Hadith.

c- Berkata Ibnu Taimiah lagi ketika dia menjadikan Injil yang telah dipalsukan itu sebagai dalil baginya kononnya Allah berada di langit: “Langit itu kursi Allah dan sesungguhnya BAPAmu Allah yang berada dilangit dialah yang menentukan rezeki kamu” kemudian Ibnu Taimiah menyatakan:.. “ dan kesaksian atas kebenaran ini terlalu banyak dari AL-KITAB”. Rujuk buku Ibnu Taimiah Syarah Hadith Nuzul cetakan Riyadh mukasurat 217.

Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah membenarkan kenyatakan Kristian dan menyatakan ia adalah benar bahawa Allah itu adalah BAPA kamu semua. Ini aqidah Nasyara Kristian wahai wahabi. Benarlah Wahhabi ini juga Triniti: Takfir, Tashbih dan Tabdi’. Wa anta ya MAZA bersumpah akan mewarisi suara Ibnu Taimiah ini.

TERAKHIR UNTUK KALI INI.

Berkaitan yang lain bahawa Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk atau kera itu sememangnya akidah sesat Wahhabi itu Allah bersifat DUDUK..dan kera, monyet, asri dan selainnya pun bersifat duduk dan ini jelas menyamakan Allah dengan makhluk seperti mana ia termaktub dalam kitab-kitab agama baru Wahhabi ini menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa Allah mencipta Adam SERUPA dengan bentuk Allah. Sila rujuk bukti-bukti dalam blog saya www.abu-syafiq.blogspot.com

4- Saya sudah sekian lama menawarkan debat ilmiah dengan saudara Mohd Asri bin Abdul Talib MAZA ini namun dia takut dan tidak mahu kerana dia hanya mahu berdebat dengan Astora Jabat atau orang yang berumur agar mudah diperbodohkan olehnya dengan taktik-taktik basi Wahhabi yang sekialan lama kita telah ‘membaca’nya.

5- Diakhir ini juga saya ingin berterima kasih kepada Dato S.S Mufti Kedah kerana lantang bersuara mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah Al Maturidiyah mazhab Asy syafie’) dan dengan jelas Dato menolak ajaran Syiah dan WAHABI. Saya doakan Dato diberikan kekuatan dan berterusan dalam dakwah aqidah yang mulia ini usah layan anak-anak hingusan dalam ilmu mereka hanya seperti Ruwaibidhoh yang disebut dikritik oleh Nabi Muhammad yang kita cintai. Wassalam.

- Abu Syafiq 006 019 3801979

SUMBER


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP