Thursday, 14 November 2013

Sultan Selangor - Non-Muslim, henti guna 'Allah' serta merta

Sultan Selangor menegaskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja di negeri itu, seperti mana diputuskan oleh jawatankuasa fatwa dan enakmen negeri.

Mengulas isu mingguan Katolik The Herald, Baginda bertitah, nama Allah kalimah suci khusus umat Islam dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1998 juga terpakai kepada bukan Islam di negeri itu.


"Oleh yang demikian, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitan (The) Herald versi bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta," titah Baginda.

Pada 14 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald menggunakan kalimah "Allah" .

Gereja Katolik pada 12 November lalu memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

Dalam titah khas Baginda hari ini, Sultan Selangor juga menasihatkan supaya tiada pihak mengambil kesempatan menjadikan isu itu sebagai agenda politik kerana kalimah itu melibatkan akidah umat Islam.

"Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP