Pemuda PAS menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.
Pengerusi tetap Muktamar Pemuda PAS, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki sebelum diterima sebagai usul.
"Ini tak bermakna Pemuda PAS tolak ulama, kalau media lapor (itu) kami saman," seloroh beliau ketika menyatakan keputusan tersebut.
Sejurus sebelum keputusan tersebut, usul Zuraimi Abd Karim (Gombak) itu menimbulkan perdebatan hangat di kalangan perwakilan muktamar sehingga perlu melakukan undian berbelah bahagi setelah undi rawak menunjukkan jumlah hampir sama.
Zuraimi menyatakan usul tersebut dipilih kerana banyak serangan ke atas golongan ulama masa ini.
Bagaimanapun hujah Zuraimi dibantah oleh Sheikh Umar Ali (Kluang) dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) yang menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.
Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden PAS perlu terdiri daripada ahli PAS dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.
"Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan," ujar beliau sebelum menarik perhatian dengan membaca fasal 86 parti yang menjelaskan cara meminda perlembagaan parti.
Friday, 22 November 2013
Pemuda PAS tolak usul kepimpinan ulama
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment