Saturday, 9 November 2013

Penjelasan Astro tentang kenaikkan harga

Ramai yang kehairanan atas faktor apa Astro menaikkkan caj beberapa pakej yang disiarkannya, ada yang mempersoalkan takkanlah kerana minyak dan gula naik harga Astro pun menaikkan harga pakejnya.

Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.


Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.

"Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.

"Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.

Itu kata Yahya Sahri sepertimana yang telah dilaporkan oleh Keadilan Daily..

Hingga kini tiada sebarang komen dari Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini, mungkin dia juga akan bekata "Kalau tak suka, jangan guna Astro...." seperti jawapan Menteri Ayam dalam isu kenaikkan harga ayam tempohhari..

Astro bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang sebodoh Menteri-menteri BN keluarkan, jawapannya "Kenaikkan ini adalah selaras dengan fenomena global..."..

Astro: Kenaikan Caj Bulanan Tidak Dapat Dielakkan Lagi

KUALA LUMPUR: Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi.

Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.

Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan.

Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi.

Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang.

Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.

Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain.

Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya ~ mStar



Fenomena global pun fenomena global lah... Kalau tak suka jangan langgan Astro kata macai dan pemimpinnya...

Best betul jadi owner syarikat yang tak ada pesaing ni.. nak naik sampai berapa puluh RM pun tak kisah.. sebab apa rakyat Malaysia ada sebagai pilihan?.. Hanya Astro dan Astro dan juga Astro saja yang ada...

Sumber

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP