Friday 8 November 2013

Karpal Singh Biadap Dan Kurang Ajar

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan, Pas perlu mengkaji semula hubungan mereka dengan PR berikutan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang seolah-olah menghina Pas.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof, Karpal seharusnya berbincang serta berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama itu.


“… bagi saya sekiranya Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal ini, mereka (Pas) seharusnya keluar daripada PR,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas kenyataan Karpal bahawa pertubuhan berasaskan agama dan kaum adalah sesuatu yang berbahaya sekali gus menghiris perasaan Pas.

Rentetan daripada kenyataan tersebut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tampil membidas kenyataan tersebut, termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Dalam satu kenyataan, Pas turut membidas Karpal dan meminta pemimpin tertinggi DAP itu tidak cakap ikut sedap mulut.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun berkata, kenyataan Karpal telah diputarbelit untuk merosakkan kesepakatan dalam PR.

Mengulas perkara sama, menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Fuad Mat Jali, dalam menangani isu ini, Pas perlu memberi teguran yang keras terhadap Karpal kerana kenyataan tersebut sebenarnya memberi impak negatif terhadap nilai kekeluargaan dalam PR.

“Pas perlu beri teguran yang keras kepada Karpal, kerana kenyataan beliau (Karpal) ini sedikit sebanyak telah mengguris banyak hati terutama kepada parti komponen serta penyokong,” katanya.

Sehubungan dengan itu Fuad menasihatkan agar setiap ahli politik perlu berhati-hati dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP