Tuesday, 12 November 2013

Polis mabuk' provokasi Penan di Murum

Aktivis sosial dan NGO hak asasi memberi amaran terhadap peningkatan masalah di Sarawak, apabila penduduk kampung didakwa diprovok untuk menghadapi "polis mabuk" selepas kampung berkaitan dilimpahkan dengan air untuk projek RM4 bilion projem Empangan Murum.

Sejak 23 September, apabila masyarakat Penan mengadakan hadangan ke tapak empangan, polis sudah menahan lebih 10 orang kampung, termasuk remaja 13 tahun, kata aktivis.


Abun Sui Anyit (kiri), peguam masyarakat itu, mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan terhadap "pegawai polis mabuk" di empangan itu.

"Kami bimbangkangkeselamatan masyarakat Penan jika pegawai polis mabuk dibenarkan untuk menyertai operasi di empangan, terutamanya mereka yang lengkap bersenjata.

"Penduduk tempatan membuat laporan polis terhadap polis itu semalam," kata Abun dalam kenyataan.

Polis sendiri mengadakan setakan jalan raya untuk menghentikan bekalan makanan, air, ubat serta pekerja sosial dan pemberita daripada masuki tapak empangan yang sudah siap dan menunggu pembendungan air. - mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP