Abdul Rahim bukan lagi KSU di KDN?
Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grea B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU).
Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi.
Kemudian semasa berbual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh rakannya di jabatan berlainan yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi.
Menurut pegwai ini pertukaran itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari mengganti Rahim adalah dari Kementah, Kementeri Pertahanan mengisi tempat Rahim itu.
Kedua pegawai berkenaan tidak mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN. Proses naik pangkat adalah diplomasi dalam membaung atau memecat atau menunkar pegawai tinggi kerajaan.
Baru-baru ini Abdul Rahim dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi apabila mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah. Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati politik kerana yang mencanangkan isu itu Zahid bukannya pegawai kerajaan.
Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik yang dibangkit oleh menteri.
Gara-gara itu ada orang menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu kepada bekas KSU itu agar imej bekas KSU itu tercemar.
Apakah ianya sebuah permainan licit Zahid Hamidi? Kalau iya betapa dahsyatnya campur tangan politician dalam pentadbiran negara.[wm.kl.8:01 pm 04/01/14] - mso
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment