Thursday, 28 November 2013

Ibrahim Ali Marah Gaji Adun Naik

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Begitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.


Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu. 

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Dalam kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim menyindir, kenaikan "hebat dan luar biasa" itu boleh dimasukkan dalam buku 'rekod perniagaan antarabangsa'.

"Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Apakah ini salah satu janji dalam Buku Jingga? Saya semak, tak ada pun," katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Suahati 28 November 2013 at 21:53  

xmahai mana pun........gaji pengarah jabatan kerajaan pun kini menjangkau jusa yg berbelas2 ribu......jd gaji dun 10k dan gaji mb yg 20k lebih tuuu ok leerrr berbaloi dgn tanggungjawab dan peranan dia menjaga negeri.....

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP