Friday, 8 November 2013

Untungnya Jadi Manusia Bernama Ling Liong Sik

Jabatan Peguam Negara tidak rayu kes Liong Sik

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes itu mengesahkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.


Pada 25 Okt lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Liong Sik di akhir kes pembelaan setelah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.

Liong Sik, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.s Liong Sik.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Ahmad Basri 9 November 2013 at 09:45  

Lebih banyak lagi untung jadi Mamakutty Mahathir dan Mohd.Najib bin Abdul Razak dan Rosmama bt Mansor.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP