Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus-menerus menafikan mengenai dakwaan 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu hanyalah satu helah untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.
“Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan pilihan raya lain yang disokong bukti,” katanya.
Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.
Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.
Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya... amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.
Isu berkenaan timbul sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei antara lainnya untuk memperolok-olokkan Pakatan Rakyat.
Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu - ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.
"Dia tidak menajawab banyak lagi dakwaan penipuan yang disebut (oleh wartawan CNN Christiane Amanpour), seperti membeli undi dan sempadan pilihan raya," kata Ambiga.
Sunday, 3 November 2013
Isu '40,000 pengundi Bangladesh' helah Najib
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment