Monday, 27 June 2016

'Kafir harbi - propaganda murahan Umno alih perhatian rakyat’



Rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak berikutan tindakan mufti Pahang melabelkan DAP dan mereka yang menentang hudud sebagai 'kafir harbi' adalah tindakan terdesak dan bankrap untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu sebenar yang melanda negara, kata
Senator Muhammad Nur Manuty.

“Kita melihat dengan jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan mufti di atas adalah ketinggalan zaman dan mengelirukan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

“Umno dengan sengaja mengambil kesempatan sebegini sebagai satu cara menyiahkan rakyat dari membicarakan isu-isu sebenar dan bebanan yang sedang dideritai oleh rakyat seperti 1MDB, GST, RM2.6 bilion, kenaikan kos sara hidup, kegawatan ekonomi dan sebagainya.

“Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar,” kata pemimpin PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman minggu lalu mengisytiharkan DAP sebagai 'kafir harbi' - istilah yang digunakan terhadap masyarakat bukan Islam yang memerangi Islam - justeru, adalah wajar untuk menumpahkan darah mereka.

Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mengaanggap kenyataan itu sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mengecam perdana menteri yang berdiam diri berhubung tindakan mufti itu kerana ia membuka pintu kepada keganasan terhadap mereka yang dilabelkan sedemikian.

Semalam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat spekulasi bahawa tiada menteri kabinet akan berani menyelar dakwaan mufti itu yang mrenurut pengkritik bukan sahaja menjadikan DAP sebagai sasaran tetapi parti komponen BN bukan Islam lain yang juga menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong semalam apabila diasak sekadar berkata beliau "tidak bersetuju" dengan pandangan mufti berkenaan, manakala Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai enggan menjawab ketika disoal dua kali. Katanya, beliau akan memberi jawapan “kemudian".

Mengulas lanjut, Senator Muhammad Nur berkata dengan sikap yang diperagakan itu, nyatalah Umno begitu terdesak dan bankrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

“Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara lagi kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan,” katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP