KUALA KANGSAR: AMANAH mencabar BN mengotakan janji untuk membina Jambatan Manong yang dibuat sejak tiga Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi mendakwa projek itu sudah sekian lama ditangguhkan walaupun BN berjanji akan menyiapkannya.
“Kami menuntut kerajaan menunaikan janji yang dibuat sekian lama, sejak tiga PRU lalu.
“Kami cabar BN untuk tetapkan tarikh bila jambatan itu akan mula dibina dan disiapkan. Kita akan tunggu jawapan daripada mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam dilaporkan sebagai berkata, rancangan pembinaan jambatan itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri.
Malah calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid turut menyenaraikan usaha mempercepatkan kelulusan projek itu dalam lima agenda utamanya yang diumumkan pagi tadi.
Berhubung perkara itu, Asmuni berkata, usaha itu tidak bermakna selagi BN tidak menyatakan tarikh pembinaan Jambatan Manong secara khusus.
“Sudah lima kali pecah tanah sampai tiada lagi tanah untuk dipecahkan. Sebab itu kita minta bagi tarikh yang khusus. Kami yakin kos pembinaan jauh lebih kecil berbanding RM2.6 bilion,” katanya lagi.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment