Friday, 24 June 2016

Akhirnya Muhyiddin Dan Mukhriz Dipecat Dari UMNO



Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan untuk memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

"MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti... itu satu kesalahan besar," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Muhyiddin menjadi timbalan presiden Umno kedua yang dipecat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

MT Umno hari ini juga memutuskan untuk menggantungkan keahlian naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan.

Turut sama pada sidang media, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; serta ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP