Wednesday, 15 June 2016

Hishamuddin Kaitkan Kenyataan Bom Atom Rafizi Dengan Insiden Bunuh Di Amerika

Lihat apa jadi di Orlando, kata Hisham pada Rafizi



Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menegur Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang bergurau mengenai "bom atom" untuk Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Kata Naib Presiden Umno itu Rafizi sepatutnya memberitahu kenyataan itu kepada polis kerana kata-katanya sudah dilafazkan

"Lihat apa yang berlaku di Orlando (di AS) dan selatan Filipina. Nak bergurau pun ada batasannya," kata Hishammuddin di sidang media di Kuala Kangsar hari ini.

Insiden di Orlando disebut Hishammuddin itu merujuk kepada serangan maut pada Ahad lalu yang mengorbankan 50 orang dan 53 lagi cedera.

Sementara itu Hishammuddin berkata Rafizi selalu mendakwa kenyataan dibuatnya sekadar jenaka atau menyalahkan media kerana memetiknya secara salah.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP