GEORGE TOWN, 6 Jun (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang mempunyai kelengkapan terkini dan lebih lengkap untuk merawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami komplikasi usus, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Zailan Adnan.
Beliau berkata, satu keputusan dibuat para pakar perubatan hari ini dan dipersetujui anggota keluarga agar Ahmad Bashah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.
"Setelah dimamklumkan hari ini bahawa Ahmad Bashah akan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, saya segera mengarahkan para pegawai saya membuat persiapan bagi membantu proses itu," katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.
-- BERNAMA
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment