Saturday, 18 June 2016

Zahid: Besan Saya Bantu Bebaskan Dua Nelayan Sekinchan



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa besannya telah membantu dalam usaha membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia.

"Saya ingin beritahu selain daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan Kassim, (Ketua Umno Bahagian Sungai Besar) Datuk Jamal Yunus dan (Pengerusi BN Selangor) Tan Sri Noh Omar - ini adalah empat orang utama di sebalik usaha membebaskan Chua dan Heng.

"Tetapi ada seorang lagi (yang membantu dalam pembebasan nelayan iyu) dan hari ini saya terpaksa sebut.

"Anak saya berkahwin seorang gadis dari Jakarta. Besan saya Bapak Chairul Anhar telah membantu kami dalam perkara ini," katanya dalam sidang akhbar, yang dimuat naik dalam video oleh The Star Online.

Zahid berkata beliau telah meminta besannya untuk mengatur mesyuarat dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, Naib Presiden Muhammad Jusuf Kalla, selaku menteri yang bertanggungjawab serta Ketua Hakim Indonesia.

Chairul seorang ahli perniagaan adalah juga Presiden Kongres Diaspora Indonesia di Malaysia.

Anak perempuannya berkahwin dengan anak Ahmad Zahid pada September tahun lalu.

Pegawai maritim Indonesia menahan dua nelayan Sekinchan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong, selepas mereka dituduh menceroboh perairan Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia kemudian menjatuhkan hukuman penjara sejak penahanan mereka pada bulan Mac lalu.

Mereka akhirnya dibebaskan dan dibawa pulang dengan selamat pada Khamis lalu.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP