Isu penggunaan jet peribadi berterusan pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan sungai Besar, semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri seharusnya mencerminkan dirinya sebelum membidas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini adalah selepas gambar Mahathir di hadapan sebuah jet diedarkan sejak semalam.
“Kalau isu jet peribadi ini jadi satu isu, saya dengar Tun Dr Mahathir ke Kuala Kangsar pun naik jet peribadi.
“Jadi kalau nak tuding nak tuduh orang lain kena tengok-tengok diri (sendiri) dulu, katanya kepada pemberita di Sungai Besar, semalam.
Laman Persatuan Mukabuku Pulau Pinang semalam menyiarkan gambar yang menunjukkan Dr Mahathir bergambar dengan sekumpulan orang di hadapan sebuah jet peribadi.
Terdapat juga gambar isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama dengan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di hadapan jet yang sama.
Ketika dihubungi, Khairuddin mengesahkan bahawa Mahathir ke Kuala Kangsar dengan sebuah jet, tetapi menyelar pengkritik yang mempersoalkannya.
“Kenapa mereka bodoh sangat? Sebagai mantan PM dia (Dr Mahathir) ada hak naik jet!” katanya.
Walau bagaimanapun Khairuddin berkata beliau tidak terbang bersama dengan Mahathir, dan dengan itu tidak dapat mengesahkan berapa ramai yang berbuat demikian serta siapa pemilik pesawat berkenaan.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan komen.
Mahathir membidas Rosmah selepas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat beberapa siri pendedahan mendakwa isteri perdana menteri menyalah-gunakan wang rakyat dengan menyewa jet peribadi untuk perjalanannya ke luar negara.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment