Saturday, 11 June 2016

Pas Dapat Nikmat Dan Dedak Daripada Najib



Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.

“Pas ini berseorangan dengan DAP setelah berpisah secara tidak langsung dari Pakatan Rakyat.

“Pas mahu mendapat sokongan Najib khususnya dan tidak akan serang Najib dan akan dokong segala perbuatan salahnya.

“Sebagai parti yang tiada sokongan lagi, agar dapat bantuan daripada Najib dalam bentuk apa saya tak tahu lah.

“Pas tinggal separuh sahaja, separuh daripada Pas sudah berpindah ke parti lain dan tidak percaya kepada kepimpinan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) lagi.

“Hadi pula cuba menyelamatkan Umno khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat dan terima dedak dari Najib

“Saya ingat eloklah orang yang sama fikiran dan setjuu dengan rampasan wang negara oleh najib juga harus disaman,” ujarnya dalam sidang media diadakan pada majlis Kolokium Persidangan Khas 1MDB sempena kempen calon Pakatan Harapan di Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan pagi ini.

Tun Mahathir sebelum itu telah menyampaikan ucaptamanya mengenai kemelut 1MDB membabitkan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ditanya media mengenai tujuannya datang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun berkata, tujuannya semata-mata untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat benci kepada Najib dan isterinya Rosmah kerana mereka banyak melakukan pembaziran.

Bercakap mengenai Rang Undang-Undang Akta 355 pula Tun Mahathir menegaskan hukum hudud yang ingin dibawa Pas itu bukan hukum hudud Islam yang sebenar.

“ Pas itu bukan hukum hudud itu adalah hudud pas.

“Hudud Pas bertentangan dalam Islam. Dalam Islam diutamakan keadilan apabila menghukum mestilah dengan adil. Hudud Pas mengasingkan orang Islam bukan Islam.

“Orang Islam mencuri potong tangan orang bukan Islam mencuri kena jail (penjara) .Mereka nak menipu orang bukan Islam.

“Lagipun di Malaysia terdapat 40 peratus orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil,” dakwanya menjawab soalan media.

Beliau juga diajukan pertanyaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 14 kelak siapakah yang mungkin akan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata Tun Mahathir lagi, negara akan kembali menjadi sebuah negara yang demokratik pada ketikaa itu sekiranya Najib meletakkan jawatan.

Pada ketika itu lebih demokratik. Akan ada pendapat berbeza antara kita, bebas menyertai mana-mana parti, mereka suka apabila kita kembali kepada proses demokrasi.

“Kita berhak memilih pemimpin yang bukan seperti Najib ini harapan kita.

“Saya tidak janji siapa yang akan jadi pemimpin selepas ini hanya boleh diteruskan jika najib tidak ada dalam kerajaan. Terpulang kepada rakyat.” ujarnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Restoran hao Xiang Chi di sekinchan ini 
dihadiri lebih kurang 1,000 pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan 
Deklarasi Rakyat..

Esok Tun Mahathir dan beberapa lagi tokoh penyokong Deklarasi Rakyat akan mengadakan majlis sama dijangka diadakan di Dewan Chun Ji Restaurant ,Taman Suria Kuala Kangsar.

- Malaysia Dateline 




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP