Thursday, 23 June 2016

IS Beri Polis Amaran, Bukit Aman Tak Lagi Akan Aman



"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”

Demikian amaran dari video propaganda rangkaian pengganas Negara Islam (IS) yang dikeluarkan Selasa lalu yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.

Video itu memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.

Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu New Straits Times lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.

Sementara itu, Ayob berkata bahagiannya sedang menyiasat dua serangan yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas berkenaan.

Katanya, serangan itu termasuk kes seorang pelajar berusia 16 tahun di Kedah, yang bersenjatakan pisau 27cm dan pistol palsu, dan menjadikan seorang pembantu jualan berusia 27 tahun sebagai sasarannya.

"Budak itu telah menerima arahan daripada seorang anggota kanan IS rakyat Malaysia untuk melakukan serangan... jadi dia mengambil pisau dan cuba untuk membunuh perempuan itu hanya kerana dia seorang bukan Islam.

"Kami juga menahan seorang suspek dengan dua pisau Rambo di stesen LRT di Jalan Jelatek," katanya.

Ayob berkata penyerang sekarang biasanya menggunakan senjata tradisional dan bukannya senjata atau bom kerana ia lebih mudah dan sukar dikesan.

- malaysiakini.com



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP