PETALING JAYA: Calon kerusi Bekenu pada PRN Sarawak pada Mei lalu, Bill Kayong mati ditembak.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan Bill mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri.
“PKR baru terima berita saudara Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak lalu, mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, The Borneo Post melaporkan trak beliau yang tertera logo parti ditembak dari arah cermin sisi pemandu.
Bill dilaporkan ditembak di leher sebaik saja turun dari kereta kira-kira 9.20 pagi tadi.
Beliau yang juga seorang peguam sering memperjuangkan isu sosial dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Mangsa tewas dalam pertembungan empat penjuru kepada calon BN Rosey Yunus dalam PRN Sarawak lalu
FMT kini dalam usaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
- FMT
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment