Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini berkata anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan.
Jet berkenaan kononnya digunakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan beliau ke Istanbul, Turki bulan lalu.
Rafizi berkata, berdasarkan pemeriksaan dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa jet, kadar setiap jam bagi pesawat Airbus ACJ319 adalah AS$15,000.
Ini bermakna RM86.4 juta dibelanjakan untuk menyewa pesawat itu selama dua bulan atau bersamaan 1,440 jam.
Wang RM86.4 juta, kata Rafizi, boleh digunakan untuk membiayai pengajian 1,920 pelajar cemerlang di universiti-universiti tempatan.
Jumlah yang sama juga boleh digunakan sebagai pinjaman Majlis Amanah Negara (Mara) berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 4,320 pelajar bumiputera. - Mkini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment