Thursday, 11 August 2016

Dari Wad IJN, Dr Mahathir Cabar Najib Berdebat



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan beliau mengenai topik mentadbir sebuah negara.

“Saya sudah tua. Tetapi segala puji bagi Allah, saya bukan nyanyuk. Saya akan gembira menerima debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen,” kata bekas perdana menteri itu dalam catatan terbaharu blognya.

Semalam, Dr Mahathir, 91, dimasukkan ke IJN selepas mengalami masalah jangkitan di dada.

Keadaan beliau dilaporkan tidak kritikal namun perlu diawasi untuk beberapa hari.

Mengenai peluangnya memenangi debat terbuka dengan Najib, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada rakyat Malaysia menghakiminya.

“Saya mungkin kalah. Wang mungkin menang. Ia terpulang kepada rakyat menilainya, bukan TV3 atau NST atau penyokong saya sendiri,” kata beliau merujuk media pro-kerajaan yang menyerang beliau.

Dr Mahathir tampil pengkritik paling lantang Najib susulan pendedahan berkait syarikat milik negara 1MDB.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya, namun sempat menyelitkan seruan supaya menyertai parti baharu naungannya, Pribumi Bersatu Malaysia, yang menunggu kelulusan pendaftaran.

“Ucapan sebegitu membantu, tetapi lebih baik kalau memohon menjadi ahli parti baharu,” katanya.

- FMT

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP