Monday 8 August 2016

Pemimpin PAS Dituduh Terima RM90 Juta Dari Najib

Dituduh Terima RM90 Juta Dari Najib, PAS Bakal Saman Sarawak Report



PAS hari ini mengecam tindakan Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat tersebut mendakwa parti Islam itu menerima peruntukan sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ma, beliau berkata parti tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap  pengendali laman itu kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Sarawak Report baru-baru ini dalam laporannya mendakwa Najib yang juga merupakan Presiden UMNO cuba mengambil peluang percakaran di kalangan parti pembangkang dengan cuba mengambil hati pemimpin atasan PAS.

“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” menurut portal itu dalam laporannya.

“Dengan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS pula menerima wang, semua pengkritiknya dipecat dan kuasa darurat di tangannya, Najib menganggap beliau boleh sekali lagi memang pilihan raya,” katanya merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- klxpres



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP