Tuesday, 9 August 2016

Yeop Berdepan 14 'Pemain' Kerana Pengadil 'Takutkan' Seseorang..

Yeop berdepan 14 'pemain'

Pemain The Bos Gaurus cuba mendapatkan penjelasan berkenaan keputusan dibuat pengadil semasa aksi menentang JDT di Ipoh, Sabtu lalu. - Foto: Bob Perak FA

KETUA Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang menyifatkan kesebelasan anak buahnya terpaksa berdepan 14 'pemain' pada aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Sabtu lalu, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Menurut Weigang, beberapa keputusan pengadil perlawanan juga agak diragui terutamanya insiden pemain JDT yang jelas sengaja menahan bola menggunakan tangan.

“Kami bermain menentang 14  individu. Ikut undang-undang, mana-mana pemain yang dengan sengaja menahan bola menggunakan tangan, hukumannya adalah kad merah. 100 peratus red card!

“Tetapi pengadil tidak berbuat demikian (layangkan kad merah). Insiden ini dilihat jelas ramai pihak. Keputusannya itu dilihat seperti ‘takutkan’ seseorang. They fear somebody,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Weigang mengakui kecederaan ramai pemain yang masih belum sempat pulih dalam tempoh singkat sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan skuad Kejor Yeop Skor itu.

Katanya, kesebelasan yang diturunkan juga dilihat belum cukup cergas dari segi fizikal dan mental untuk beraksi.

“Agak mustahil untuk seorang manusia biasa pulih dengan sempurna bagi beraksi dalam tempoh 90 minit setelah melalui tempoh saingan yang padat,” katanya.

- sharian


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP