KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan memberi kelulusan kepada seorang artis tempatan untuk menunaikan haji selepas sebulan membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.
TH dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.
“Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH,” kata kenyataan itu.
Menurut TH, pihak mereka sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.
Oleh itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit TH.
Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, akan menunaikan haji bersama ibu bapanya selepas sebulan mendaftar di TH.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment