Monday, 8 August 2016

Hadi Awang Ponteng Sidang Dun Terengganu



KUALA TERENGGANU - Sidang Dun‎ Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal jam 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Semua Adun daripada BN termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.

Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan PKR (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang Dun kali ini. - Bernama



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP