Thursday, 22 August 2013

10 Syarikat Amerika Kaut Untung Besar Hasil Kekacauan Di Mesir

Dasar Amerika Syarikat berkaitan Krisis Mesir boleh dikatakan ironis. Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Tetapi, di sisi lain negeri Pak Cik Sam itu malah terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir. Padahal dunia tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi.


Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari AS. Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat berbendera Amerika Syarikat (AS). Lalu syarikat manakah yang mendapat keuntungan dari Tentera Mesir?

Berikut adalah 10 syarikat yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada Mesir berdasarkan data dari The Institute for Southern Studies;

1. Lockheed Martin

Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

2. DRS Technologies

Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

3. L-3 Communication Ocean Systems

Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

4. Deloitte Consulting

Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

5. Boeing

Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

6. Raytheon

Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

7. AgustaWestland

Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

8. US Motor Works

Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

9. Goodrich Corp.

Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

10. Columbia Group

Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Carlos Santiago 22 August 2013 at 10:10  

semua dirancang untuk kepentingan mereka

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP