Thursday 15 August 2013

Nazri - Lantik Anak Hak Mutlak Menteri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.Beberapa pihak mendakwa tindakan itu merupakan satu perbuatan nepotisme.


“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin di Shah Alam hari ini.

Katanya beliau tidak mengendahkan pandangan seperti itu kerana beliau dipilih secara sah dan masih dilantik sebagai menteri.

“Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.

Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.

*** Untuk jaga pengundi muda kawasan parlimennya sahaja? Parlimen lain macam mana? Kena lantik 132 orang pegawai khas lagilah nampaknya untuk jaga kesemua kawasan parlimen yang dimenangi BN? Hehehe..


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP