Sunday, 25 August 2013

Pemikiran luar tabie Ustaz Fathul Bari

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sokongan yang diberikan oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa tidak semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.

“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.


Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa. Kadangkala cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.

Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa. Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.

Bahkan pemerintah Saudi, Raja Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang "cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro demokrasi) sewaktu kerajaan haram Mesir itu membunuh beribu-ribu rakyatnya, menyerang dan membakar masjid. Bagaimana Fathul Bari boleh keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf kerajaan tentera Mesir tidak semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda Umno seorang ini butakah?

Fathul Bari turut seterusnya mengambil contoh kerjasama yang dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.

Katanya, kerjasama itu bukan bermakna PAS menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pluralisme.

“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.
PAS menolak LGBT dan pluralisme atau tidak menganut ajaran Kristian itu betul tetapi adakah KeADILan dan DAP menjadikan kristian sebagai dasar perjuangan dan menerima LGBT? Bila pula KeADILan terima pluralisme? Fathul Bari sudah jadi ulamak pemfitnah!

Boleh jadi ulamak muda Umno ini termakan dengan dakyah yang sebarkan oleh media primitif pro BN yang menjalankan agenda propaganda jahat saban waktu untuk menggambarkan bahawa DAP dan KeADILan adalah parti yang menyokong Kristian dan LGBT, manakala KeADILan pula dituduh menganggap semua agama adalah benar (pluralisme). Malang sungguh ulamak yang jadikan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai sumber rujukan.

Berbalik kepada isu keganasan tentera membunuh rakyat Mesir, Penasihat Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nuuh Gadut berkata, ulamak Mesir yg berpengaruh mesti mainkan peranan untuk damaikan kedua-dua pihak. Ini juga antara ulamak yang suka membuat ulasan tanpa mendalami isu. Apa yang hendak didamaikan? Apa yang berlaku bukan peperangan antara dua pihak tetapi satu pihak (tentera) yang merampas kuasa, menjatuhkan Presiden yang sah, mengurungnya, menindas pihak yg dijatuhkan dan akhirnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat.

Contohnya mudah saja, hanya baru-baru ini Mufti Perlis Dr. Juanda telah dirompak. Wajarkah Datuk Nuuh nasihatkan Dr. Juanda dan perompak, "Kamu berdua jangan gaduh2, berdamailah..." Begitulah di Mesir, sebagai ulamak sepatutnya Nuuh nasihatkan pihak tentera yang merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, menghentikan kezaliman terhadap rakyat. Beliau sepatutnya menasihati kerajaan Malaysia supaya jangan bersekongkol dengan kezaliman dengan tidak menyatakan bantahan apa-apa bantahan rasmi bagi pihak kerajaan Malaysia terhadap kerajaan haram tentera Mesir.

Apa yang terpancar dari pemikiran Fathul Bari dan Datuk Nuuh sebenarnya adalah realiti segelintir ulamak yang mendapat gambaran salah perihal sesuatu isu. Mereka menerima maklumat yang salah lalu memproses (menghukum) berasaskan maklumat tidak betul tersebut. Jika di Malaysia hampir semua media elektronik dan akhbar-akhbar harian utama melaporkan maklumat salah atau maklumat yang diprogandakan terhadap rakyat, masa di Mesir juga begitu. Tiada bezanya kerajaan sekular di mana-mana pun, media mereka dikongkong.

Akhbar Al Youm Mesir yang pro perampas kuasa melaporkan bahawa Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja, Masjid Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin, 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah.

Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos), Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur, mereka juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir dan polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.

Takkanlah berita bohong begini yang hendak dijadikan rujukan oleh ulamak Umno. Zaman langit terbuka ini bukan susah sangat untuk mendapat maklumat sebenar situasi di Mesir.

Oleh Zulkifli Yahaya

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP