Monday, 19 August 2013

Nazri Aziz Dicabar Tanding Jawatan Dalam MT Umno

Nazri dicabar tanding jawatan MT Umno

Cabaran demi cabaran timbul agar menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding untuk merebut jawatan anggota majlis tertinggi dalam pemilihan Umno pada Oktober.

Laporan lidah parti berkenaan, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan setiausaha agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh yang mencabar menteri tersebut berbuat demikian demi mengekalkan jawatan kabinet.


“Jika Mohamed Nazri mahu kekal di dalam Kabinet dengan sikap bongkak dan angkuh, maka kita cabar beliau untuk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi Umno.“Anak beliau Nedim pasti boleh jadi pengurus kempen yang amat popular,” sindirnya, seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan seperti itu timbul ekoran tindakan Nazri yang mempertahankan keputusan melantik Nedim sebagai salah seorang pegawai menteri berkenaan.Nedim sebelum ini disenaraikan sebagai “pegawai khas” dalam senarai kakitangan kementerian pelancongan.

Lelaki tersebut, kemudiannya dikesan tersenarai sebagai “Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y)” apabila timbul kritikan berhubung amalan nepotisme.

Turut mencabar Nazri untuk bertanding di jawatan majlis tertinggi ialah seorang individu yang mendakwa memimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, lapor Utusan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP