Friday, 30 August 2013

Hishamuddin Sindir Ali Rustam

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.


"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, kita lupa bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat."Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya.Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini sewaktu majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Mohd Ali sebelum ini dilapormengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.

Hishammuddin berkata susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita. Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," katanya lagi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP