Naib presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau hairan dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan mempersetujui cadangan untuk menswastakan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Katanya, cadangan sama sebelum ini gagal ketika MAS dikuasai tokoh perniagaan Tan Sri Tajuddin Ramli, sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang alami bagi menyelamatkan syarikat tersebut.
Tambahnya, cadangan itu juga timbul ketika prestasi kewangan MAS mula menunjukkan pemulihan,"Saya hairan mengapa bila pengurusan MAS berjaya kurangkan kos operasi, kurangkan tanggungan, ada cadangan nak serahkan kepada syarikat swasta," katanya.
MAS pada akhir Mei lalu mencatatkan pemulihan perniagaan berikutan kemampuannya mengurangkan kerugian operasinya yang susut 46 peratus kepada RM165 juta pada suku pertama tahun ini.
Prestasi lebih baik itu disokong beberapa faktor seperti peningkatan jumlah penumpang sebanyak 17 peratus, lonjakan 14 peratus dalam pendapatan dan kapasiti penumpang lebih tinggi 76.6 peratus.
Reason versus Religion: How does Islam fare?
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment