Thursday, 22 August 2013

Khairy Tipu Mengenai PTPTN

PKR dakwa Khairy beri maklumat salah mengenai CCRIS PTPTN

Rafizi Ramli ketika bercakap dengan pemberita di sidang akhbar PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya.

Rafizi Ramli hari ini mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan maklumat salah mengenai keputusan Kabinet berhubung cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.


Pengarah Strategi PKR itu berkata, tindakan Khairy menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

"Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

“PKR tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN,” katanya.

Semalam Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan Kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

Bagaimanapun ia bertentangan dengan laporan media arus perdana khususnya stesen televisyen TV3 yang menyatakan kerajaan hanya akan menangguhkan pelaksanaan tapi bukan membatalkan seperti diberitahu Khairy semalam."Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri.

Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.               

"Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda," kata Khairy dipetik laman sosial miliknya semalam. - tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP