Tuesday, 20 August 2013

PANAS - Shahrizat Jalil Dilantik Penasihat Najib Bertaraf Menteri

Datuk Seri Shahrizat Jalil mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam.


“Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Hari ini Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim menafikan tanggapan bahawa Ketua Wanita Umno itu akan dilantik sebagai penasihat di kementeriannya.

Semalam, media melaporkan Shahrizat dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita dan jawatan itu bertaraf menteri.

Shahrizat juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno dan setakat ini, hanya Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan hasrat untuk mencabar Shahrizat.

Shahrizat juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan Ketua Wanita selepas menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatannya pada April 2012,selepas ahli keluarganya terbabit dengan skandal kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) dan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. – TMI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP