Katanya, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Ogos lalu, beliau menyebut “Father Augustus Chen” yang dikatakan menulis sebuah risalah yang menjelaskan mengenai percanggahan dalam pemilihan DAP tahun lalu adalah imaginasi “war room” UMNO/BN dalam kempen menentang DAP sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
“Tuduhan mengenai percanggahan pemilihan DAP oleh “Father Augustus Chen” itu tidak lain adalah salah satu serpihan daripada sekian banyak pembohongan dan tuduhan tidak berasas yang diterbitkan menerusi kira-kira 400 laporan dan tulisan mengenai DAP dalam media di bawah kawalan UMNO/BN sejak Januari, khususnya dalam Utusan Malaysia dan New Straits Times.
“Kemunculan risalah pembohongan yang dikarang oleh watak rekaan “Father Augustus Chen” pada bulan lalu ialah untuk memberi semacam justifikasi kepada tindakan UMNO/BN dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas DAP,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan media dua hari selepas itu menyifatkan “Father Augustus Chen” sebagai “evil genius” kerana berjaya menyumbat sehingga kira-kira 100 pembohongan dan kepalsuan dalam risalah setebal 12 halaman, dan sudah memberinya masa tujuh hari untuk tampil dan membuktikan dia benar-benar wujud.
Bagaimanapun, menurutnya, tempoh tujuh hari itu sudah lama berlalu dan tiada orang bernama “Father Augustus Chen” tampil.
“Tiada siapa menjangka “Father Augustus Chen” akan muncul kerana jika dia berani tampil untuk mengaku sebagai penulis risalah “The Equity Report”, dia pasti perlu sanggup untuk berdepan dengan sejumlah saman fitnah dan perbicaraan jenayah berikutan sekian banyak pembohongan dan fitnah yang diterbitkan dalam risalah terbabit.
“Walaupun DAP sudah berulang-kali menafikan segala dakwaan dalam risalah oleh “Father Augustus Chen” itu, Mingguan Malaysia kelmarin menerbitkan laporan oleh pemberitanya, Kasthuri Jeevendran, yang mengitar semula pembohongan dan kepalsuan yang ditulis oleh “Father Augutus Chen”.
“Antara pembohongan yang dibuat “Father Augutus Chen” dan menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan ROS dan kerajaan UMNO/BN terhadap DAP ialah mendakwa “753 perwakilan tidak hadir (kebanyakannya berketurunan India)” kerana tidak diberi notis untuk hadir dan mengundi pada Kongres DAP di Pulau Pinang, Disember lalu dan “547 perwakilan hantu (kebanyakan dari Pulau Pinang)” mengundi pada kongres itu, selain beberapa tuduhan berkenaan pemimpin DAP,” katanya.
Menurutnya, semua tuduhan terhadap DAP dan pemimpinnya ada tidak benar sama sekali
Berikutan itu, beliau sudah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan semula pembohongan yang terkandung dalam risalah “The Equity Report (CEC Election Fraud)” yang ditulis oleh penulis rekaan “Father Augustus Chen” itu.-Roketkini.com
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment