ALOR SETAR - Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.
“Kalau berlaku penyelewengan yang dikesan dalam IHSB, saya minta kerajaan negeri ambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, biarpun perkara itu perlu diberi perhatian serius, namun perkara berkaitan kegagalan pembayaran gaji kepada kakitangan IHSB juga tidak wajar diabaikan.
“Pada masa sama, masalah kakitangan IHSB juga perlu diberi perhatian. Saya difahamkan lebih 200 orang yang masih belum dapat bayaran gaji mereka ditambah pula status mereka sebagai kakitangan IHSB masih menjadi tanda tanya.
“Kita minta kerajaan negeri tolong segera selesaikan masalah mereka yang gagal dibayar gaji sejak empat bulan lalu,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, kepincangan pengurusan dan kewangan dalam anak syarikat IHSB didedah secara terperinci dan turut mengejutkan pemimpin pembangkang.
Menurut laporan itu, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kewangan yang meruncing berpunca daripada kos operasi yang tinggi, antaranya pembayaran gaji kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHSB yang juga CEO Insan Medic mencecah RM35,000.
Friday, 30 August 2013
Isu Insaniah - Pas Cabar Kerjaan Kedah
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment