Thursday, 15 August 2013

Foto Suami Celaka Serah Diri Kepada Polis



Panas, akhirnya foto lelaki belasah isterinya dalam sebuah lif yang sedang hangat diperkatakan sekarang tersebar. Lelaki berkenaan dipercayai bertugas di Jerantut Pahang telah menggemparkan orang ramai apabila tergamak membelasah isterinya itu dengan aksi yang sungguh mengecewakan.

Sementara itu difahamkan lelaki terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang tadi. Perkara itu telah disahkan oleh Polis Pulau Pinang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana. "Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat. Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali. Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun

- astroawani.com/

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP