SHAH ALAM - Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, semalam.
Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.
"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.
"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba,” katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.
Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.
Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - Bernama
Monday, 26 August 2013
PANAS - Rumah bekas pengarah polis Bukit Aman dipecah masuk
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment