Friday, 16 August 2013

BTN Didakwa Daftar PATI Sebagai Pengundi Di Sabah

Seorang saksi di pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang hari ini mendakwa bahawa Biro Tata Negara (BTN) bertanggungjawab mendaftarkan pendatang asing tanpa izin sebagai pengundi selepas mereka diberikan kad pengenalan biru.

Dakwaan itu dibuat bekas pegawai daerah Hassnar Ibrahim, yang juga pernah menjadi saksi utama dalam petisyen pilihan raya Likas pada tahun 1999.


Sewaktu ditanya secara terperinci siapa dalang di sebalik tindakan itu, Hassnar berkata: "Soalan itu patut ditujukan kepada BTN yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri".

Hassnar sebelum itu menjelaskan modus operandi pengurniaan IC biru kepada orang asing beragama Islam yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Menurutnya, ia terbahagi kepada dua fasa -  sebelum tahun 1985 dan selepas tahun 1985 selepas parti BERJAYA tewas sebagai kerajaan negeri dalam pilihan raya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP