Monday, 26 August 2013

Azmin: Apa jawapan Malaysia pada kerajaan Mongolia?

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Keputusan membebaskan dua tertuduh, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri tidak menyelesaikan persoalan utama, iaitu siapa pembunuh Altantuya, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Malah kerajaan Mongolia sendiri ingin tahu, siapa sebenarnya terlibat (membunuh Altantuya)?, kata Azmin kepada Keadilandaily ketika ditemui di majlis hari raya parlimen Ampang, semalam.

“Keputusan baru-baru ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kalau Sirul dan Azilah tak bersalah, maka siapa pembunuh Altantuya?, soalnya.


Sebelum ini bapa mendiang Altantuya, Setev Shaariibuu dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu.

Setev dilaporkan bercadang membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, Azmin turut mempersoalkan mengapa mahkamah tidak memanggil saksi penting, iaitu DSP Musa Safri.

“Nama DSP Musa Safri disebut dalam mahkamah. Kenapa watak ini tak dipanggil beri keterangan?, soalnya.

Penghakiman Mahkamah Rayuan ketika membebaskan Sirul dan Azhar 23 Ogos lalu menyatakan, ‘saksi material tidak dipanggil memberi keterangan, termasuk Musa (Safri)’.

“Apakah ini pendakwaan terpilih. Ada (saksi) dipanggil untuk diteliti (keterangan), ada saksi yang tidak (dipanggil).

“Keputusan dibuat mahkamah Malaysia lebih menimbulkan lebih banyak persoalan,” kata Azmin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55115


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP