"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga.
"Saya tetap bersabar dengan dugaan ini walaupun kesihatan tidak mengizinkan saya dan terpaksa berkerusi roda," kepada pihak media selepas menghadiri Wacana Agenda Kristian Sedunia anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Beliau turut mengakui tidak menemui anaknya itu sejak membuat keputusan meninggalkan Islam.
"Sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak saya setelah meninggalkan negara untuk berada di Australia," katanya.
Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment