Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.
"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya kepada Malaysiakini.
Kok diminta mengupas tulisannya di Facebook pada 16 Ogos yang berkata, ramai wakil rakyat susah menjadi kakitangan yang berdedikasi dan setia.
Kok, exco Selangor antara April 2008 hingga Mei 2012 berkata, beliau sendiri dalam tempoh perkhidmatannya itu terpaksa menukar 10 orang pegawainya ekoran pelbagai masalah, termasuk sabotaj.
Bagaimanapun, katanya, bukan perkara yang biasa terjadi apabila bekas pegawai bertukar menjadi lawan, seperti dalam kes Mohd Ezam Mohd Nor dan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita mesti faham, melantik anggota keluarga menjadi pembantu tidak sama dengan amalan beri projek dan imbuhan serta nepostisme," kata Kok yang juga anggota Parlimen Seputeh.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment