IDF menjelaskan keterangan gambar berkenaan yang disiarkan oleh sebuah blog berbahasa Inggeris merupakan satu kesilapan dan telah menggeluarkan gambar berkenaan.
Blog yang menyerupai risalah pelancongan itu bertujuan memberi gambaran Gaza tidak berhadapan dengan krisis kemanusiaan.
“Apa jua yang anda dengar di media, Gaza bukanlah sebuah penjara terbuka,” jelas blog tersebut.
Kiriman blog berkenaan menggambarkan sebuah pusat membeli belah, imej hotel mewah, penduduk Gaza bermain di tepi pantai dan menikmati suasana malam.
Lokasi sebenar pusat beli belah itu didedahkan oleh portal Intifada di pusat membeli belah terkenal Malaysia di Suria KLCC.
Perkara ini didedahkan oleh sebuah portal berita Israel Haaretz, yang memetik kenyataan jurucakap IDF memohon maaf melalui akaun Twitter atas kesalahan gambar dan keterangan.
“Apabila kesilapan itu diketahui, gambar tersebut segera dikeluarkan. Kiriman itu mempunyai 17 gambar lain yang tepat tentang keadaan di Gaza," katanya.
Jurucakap itu berkata ini bukan pertama kali gambar yang salah mengenai Gaza.
Semasa operasi pertahanan, media Palestin turut tersilap menyiarkan gambar yang didakwa diambil di Gaza.
Satu kes melibatkan satu gambar kanak-kanak yang terkorban diterbitkan oleh Briged Izz ad-Din al-Qasam, sayap tentera Hamas. Kemudian tentera Israel membuktikan gambar itu diambil di Syria beberapa minggu awal. - TMI
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment