Tuesday 13 August 2013

Adakah Umno tergugat dengan sokongan orang Melayu? Kajian menafikannya

Strategi pemilihan Umno dengan menanamkan ketakutan di kalangan orang Melayu berhubung kehilangan kuasa politik hanya mempengaruhi sebilangan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bahkan, retorik puak kanan itu yang memainkan sentiman perkauman dan agama selain kepercayaan Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang menerajui negara melihatkan penolakan 20 peratus undian daripada pengundi Cina dan 5 peratus pengundi India terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding 2008.


Malah, apa yang membantu Umno mengekalkan penguasaannnya di kawasan pedalaman adalah kerana memiliki jentera parti yang kuat selain pergantungan orang kampung kepada bantuan kerajaan. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) turut memainkan peranan.

Fakta ini didedahkan oleh Merdeka Centre melalui pola pengundian pada PRU13 lalu. Bagi mengenalpasti pola pengundian berdasarkan latar belakang kaum, kajian dijalankan kepada 9,000 kawasan pengundian.

Kajian mengasingkan kawasan mengundi dengan 90 peratus jumlah komuniti dan kemudian menggabungkannya mengikut negeri dan kawasan pedalaman atau bandar.Umno/BN mendapat 61.6 peratus undi Melayu, 1.5 peratus meningkat berbanding 2008.

Peningkatan terbesar pengundi Melayu adalah di negeri Kedah iaitu 5.6 peratus diikuti Kuala Lumpur dengann 6.4 peratus.

Sokongan Melayu terhadap Umno/BN merosot di Perlis dengan 3.1 peratus dan Terengganu dengan 3.6 peratus. Kajian juga mengesahkan kaedah pengasingan bandar-luar bandar melihatkan peningkatan sokongan umno/BN di kawasan luar bandar namun merosot di kawasan bandar.

Pada tahun ini, terdapat 119 kawasan Melayu dan 20 di antaranya terletak di kawasan bandar. BN memenangi 78 daripada 99 kawasan pedalaman dan lima di kawasan bandar. - tmi

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP