Tuesday 7 June 2016

Mat Sabu Tidak Ambil Hati Ceramah Menghina, Anggap "Adik-Adik" Berlatih Ceramah



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak ambil hati terhadap perbuatan menghina beliau dengan kata-kata buruk sebagaimana yang viral di media sosial.

"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.

"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.

Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mata Sabun' pada hari penamaan calon semalam, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.

Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.

Sambil membahasakan dironya sebagai "abang", bekas timbalan presiden Pas itu berkata, ahli Pas perlu sedar bahawa sejarah membuktikan parti Islam itu tidak pernah menang pilihan raya ketika bersorangan.

"Kepada saudaraku ahli Pas, adik-adikku yang ku kasihi. Kamu boleh terus undi calon Pas, tapi tak boleh menang pilihan raya. I'm sorry to say that.

"Oleh itu saudaraku, adik-adik yang berada dalam parti Islam, nak kekal dalam parti itu silakan, tapi tolong undi parti Amanahmewakili Pakatan Harapan. Ini sahaja yang boleh mencabar Barisan Nasional," katanya pada ceramah kelompok di Lembah Sayong malam tadi.

Mohamad berkata, hanya selepas mengadakan tahaluf dengan parti lain, barulah Pas menang termasuk di Kelantan selepas bersama Semangat 46 dan di Kedah dan Perak pada 2008 ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.

Lonjakan paling ketara katanya pada pilihan raya umum 2013 apabila Pakatan Rakyat mendapat 52 peratus undi popular berbanding BN.

"Formula inilah ditakuti oleh BN. Tapi sayang Pakatan Rakyat telah berpecah. Dan yang paling gembira adalah BN.

"Sebab itu dengan cepat kita tubuhkan Amanah dan mengusahakan bersama dengan rakan-rakan lain tubuhkan Pakatan Harapan" katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak pelik dengan jumlah ahli Pas yang ramai hadir semasa hari penamaan semalam kerana ahli parti itu memang terkenal dengan sikap taat dan sukarela bekerja.

Namun katanya, pilihan raya adalah soal jumlah undi dan bukan soal kekuatan anggota parti semata-mata.

"Sebab itu bila setiap kali pilihan raya kita tak dapat capai kemenangan," katanya merujuk kepada parti yang pernah disertainya lebih 36 tahun itu.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP